PUTRABid >> Soalan Lazim
| Pendaftaran | | Kata Laluan | | Bidaan | | Bayaran | | Keputusan Bidaan | | Lain-lain |


LAIN-LAIN

1. Apakah dokumen yang perlu dibawa ke jpj bagi proses pendaftaran nombor kenderaan?
Pemenang boleh hadir sendiri ke JPJ Cawangan Wangsa Maju atau JPJ Padang Jawa, Shah Alam dan perlu membawa dokumen seperti dibawah:
I. Cetakan Sijil Asal daripada UPM.
II. Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat.

2. Apakah tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan?
Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Sijil.

3. Apakah yang akan berlaku jika pendaftaran nombor kenderaan tidak dilakukan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran sijil?
Sijil yang diberikan akan dianggap luput dan tidak sah. Bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.

4. Apa yang berlaku jika pembida tidak mahu menerima nombor pendaftaran yang dimenangi?
Nombor pendaftaran kenderaan yang dimenangi akan ditarik balik tanpa sebarang notis dan bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.

5. Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh dibuat permohonan lanjutan tempoh pendaftaran?
Permohonan lanjutan tempoh pendaftaran TIDAK dibenarkan.

6. Jika sijil saya hilang atau rosak, bolehkan saya dapatkan sijil gantian?
Boleh, tetapi caj pekhidmatan sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap cetakan semula.

7. Bolehkan saya mendapatkan sijil melalui pos dan bagaimana caranya?
Boleh. Sila buat bayaran perkhidmatan pos sebanyak RM25melalui payment gateway UPM di alamathttps://paygate.upm.edu.my(Pilih nombor pendaftaran khas). Emelkan bukti bayaran beserta alamat pengeposan ke putrabid@upm.edu.my

8. Apakah saluran yang saya boleh hubungi sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan sistem putrabid?
Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di 011-6535 7325atau Pertanyaan Am di 03-9769 6241 /013 953 0221 (WhatsApp sahaja) untuk mendapatkan bantuan atau pertanyaan lanjut.



SEKSYEN PENJANAAN PENDAPATAN, PEJABAT BURSAR, BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2,UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.
| PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN : 011-6535 7325 | PERTANYAAN AM : 03-9769 6241 / 013 953 0221 (WhatsApp sahaja) | EMEL : putrabid@upm.edu.my