PUTRABid >> Soalan Lazim
| Pendaftaran | | Kata Laluan | | Bidaan | | Bayaran | | Keputusan Bidaan | | Lain-lain |


BAYARAN

1. Apakah caj yang dikenakan untuk transaksi bidaan?
Caj perkhidmatan sebanyak RM 15.00 akan dikenakan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Caj berkenaan merupakan hasil kerajaan dan tidak akan dikembalikan.

2. Adakah pembida perlu meletakkan deposit?
Ya. Deposit sebanyak 50% dari jumlah bidaan akan dikenakan bagi setiap bidaan.

3. Masa bilakah saya harus membuat bayaran deposit?
Bayaran deposit perlu dijelaskan semasa proses bidaan dilakukan bagi mengesahkan bidaan anda.

4. Berapa lamakah tempoh bayaran balik deposit bidaan sekiranya bidaan pembida tidak berjaya?
Bagi bayaran melalui kad kredit, pihak bank akan membuat pembatalan transaksi dan amaun akan dikreditkan semula dalam akaun pembida selepas tamat sesi bidaan. Manakala bagi bayaran selain dari kad kredit, bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja atau lebih selepas tamat sesi bidaan.

5. Bayaran berjaya di saat akhir, tetapi bidaan tidak diterima kerana masa telah tamat. Bagaimana dengan bayaran tersebut?
Jika bayaran melalui kad kredit, bayaran balik deposit akan dikembalikan (void) sejurus bidaan gagal manakala bagi bayaran yang dibuat melalui kad debit bayaran balik akan di kreditkan dalam tempoh 14 hari bekerja atau lebih.

6. Sekiranya pembida mengalami masalah berkaitan kad kredit / kad debit seperti transaksi penolakan dan bayaran balik, kepada siapakah harus pembida rujuk?
Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan kad kredit / kad debit, pembida boleh terus berhubung dengan bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).



SEKSYEN PENJANAAN PENDAPATAN, PEJABAT BURSAR, BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2,UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.
| PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN : 011-6535 7325 | PERTANYAAN AM : 03-9769 6241 / 013 953 0221 (WhatsApp sahaja) | EMEL : putrabid@upm.edu.my