PUTRABid >> Soalan Lazim
| Pendaftaran | | Kata Laluan | | Bidaan | | Bayaran | | Keputusan Bidaan | | Lain-lain |


PENDAFTARAN

1. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal PUTRABid?
Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal PUTRABid:
i) Individu: Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
ii) Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.

2. Apakah syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal PUTRABid?
Individu/Perniagaan/Syarikat perlu mempunyai kad kredit atau perbankan atas talian bagi memudahkan proses transaksi dilakukan. Syarat-syarat lain tertakluk kepada kelulusan pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).

3. Bagaimana caranya untuk mendapatkan ID bagi membolehkan saya mendaftar dan menggunakan portal PUTRABid?
Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak boleh membuat pendaftaran ringkas di dalamsistem PUTRABid. Pendaftaran adalah percuma. Semua pihak yang mendaftar perlu mengisi maklumat bank dengan tepat bagi memudahkan proses perbankan.

4. Apakah jenis emel yang sesuai untuk digunakan semasa pendaftaran di portal PUTRABid?
Orang awam atau pengguna portal PUTRABid disarankan menggunakan emel jenis Gmail yang aktif bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada sistem PUTRABid. Untuk emel korporat, sila pastikan urusetia emel anda membenarkan emel dari luar dan juga semak capaian spam.



SEKSYEN PENJANAAN PENDAPATAN, PEJABAT BURSAR, BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2,UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.
| PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN : 011-6535 7325 | PERTANYAAN AM : 03-9769 6241 / 013 953 0221 (WhatsApp sahaja) | EMEL : putrabid@upm.edu.my