PUTRABid >> Soalan Lazim
| Pendaftaran | | Kata Laluan | | Bidaan | | Bayaran | | Keputusan Bidaan | | Lain-lain |


BIDAAN

1. Berapa lamakah tempoh bidaan untuk satu (1) sesi nombor kenderaan berlangsung?
Tempoh bidaan untuk satu (1) sesi nombor pendaftaran kenderaan berlangsung selama 7 hari bermula pada pukul 12.00 tengahari dan tamat pada pukul 12 tengah hari pada hari ke tujuh (7).
** Anda digalakkan untuk melakukan bidaan awal untuk kelancaran semua proses. Elakkan aktiviti bidaan disaat akhir bagi mengelakkan gangguan bayaran. Bukti bayaran berjaya bukanlah bukti bidaan berjaya

2. Bagaimana penentuan harga bidaan dikira?
Setiap nombor kenderaan mempunyai kategori dan harga lantai ditentukan mengikut kategori berikut:-

Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori. Peningkatan minima bidaan adalah berdasarkan amaun harga minima mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum.


** Peningkatan amaun minima ada dipaparkan pada halaman bidaan sebagai rujukan.

3. Apakah had untuk membida?
Tiada had untuk membida.

4. Bolehkah pembida menarik balik bidaan?
TIDAK. Pembida tidak dibenarkan menarik balik bidaan sepanjang tempoh bidaan berlangsung.

5. Adakah pembida akan menerima apa-apa makluman semasa tempoh bidaan?
Ya, segala aktiviti yang melibatkan nombor pendaftaran kenderaan yang dibida akan dikemaskini di dalam sistem PUTRABid.

6. Adakah pembida lain tahu jika saya membuat pembidaan lebih dari 1 nombor?
Maklumat peribadi pembida adalah dilindungi dan tidak dapat dilihat oleh pembida lain.

7. Bagaimana jika bidaan saya dipintas?
Jika bidaan anda telah dipintas, anda layak untuk membida semula tanpa perlu membuat bayaran caj perkhidmatan RM15 bagi nombor pendaftaran yang sama.

8. Bidaan hampir tutup, tetapi bidaan saya masih lagi dipintas. Adakah saya akan dikalahkan?
Sistem PUTRABid dilengkapi dengan fungsi pemanjangan masa automatik selama 5 minit jika terdapat bidaan dalam tempoh 2 minit terakhir. Anda masih berpeluang untuk membida semula.



SEKSYEN PENJANAAN PENDAPATAN, PEJABAT BURSAR, BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2,UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.
| PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN : 011-6535 7325 | PERTANYAAN AM : 03-9769 6241 / 013 953 0221 (WhatsApp sahaja) | EMEL : putrabid@upm.edu.my