PUTRABid >> Soalan Lazim
| Pendaftaran | | Kata Laluan | | Bidaan | | Bayaran | | Keputusan Bidaan | | Lain-lain |


KEPUTUSAN BIDAAN

1. Bilakah keputusan rasmi bidaan diumumkan?
Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam di dalam sistem PUTRABida selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.

2. Bagaimana untuk mengetahui jika pembida telah menang/gagal bidaan?
Keputusan bidaan boleh dilihat di portal PUTRABid. Pembida berjaya akan dipaparkan di dalam menu Panel Kawalan pembida di ruangan Menu Bidaan Menang.
*Tiada notifikasi yang akan diberikan mengenai keputusan rasmi bidaan, pihak pembida perlu membuat semakan di dalam sistem PUTRABid.

3. Bagaimanakah kaedah pembayaran bidaan dilakukan?
Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui Pre- Authorization kad kredit tempatan dan kad debit tempatan (Malaysia Issuer) FPX, atau tunai atas talian (melalui kaunter 7-Eleven dll).
Bagi pembida yang Berjaya, baki bayaran sebanyak 50% dari jumlah bidaan perlu dijelaskan dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan diumumkan. Bagi pembida yang gagal menjelaskan baki bayaran, keputusan bidaan akan terbatal dan deposit tidak akan dipulangkan.

4. Bolehkan pembida menggunakan lebih dari satu kad kredit / kad debit semasa membuat tambahan bida?
Pembida boleh menggunakan lebih dari satu kad kredit atau kad debit untuk membuat tambahan bidaan.
Bagi pembida yang Berjaya, baki bayaran sebanyak 50% dari jumlah bidaan perlu dijelaskan dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan diumumkan. Bagi pembida yang gagal menjelaskan baki bayaran, keputusan bidaan akan terbatal dan deposit tidak akan dipulangkan.

5. Apa yang berlaku pada bayaran bidaan jika bidaan pembida berjaya?
Jika bidaan berjaya, pembida diminta untuk menjelaskan baki jumlah bidaan dalam tempoh 7 hari.

6. Apa yang berlaku pada amaun bidaan jika bidaan pembida tidak berjaya?
Bagi pembida yang membayar menggunakan kad kredit pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan selepas tamat sesi bidaan.
Untuk kaedah pembayaran secara FPX, atau tunai atas talian (melalui kaunter 7-Eleven dll), bayaran balik kepada pembida yang tidak berjaya akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja.

7. Masa tamat, saya pembida tertinggi. Namun, mengapa nama saya tiada di ruangan "bidaan menang"?
Berikan masa kepada sistem untuk mengemaskini data pemenang. Pemenang akan dimaklumkan dalam masa 24 jam setelah tamat sesi bidaan.
*Sekiranya perkara ini berlanjutan, sila hubungi pihak khidmat pelanggan kami dengan kadar segera sebelum bidaan tamat di 011-65357325.

8. Saya telah menang, apa perlu saya lakukan?
Sila jelaskan baki nilai bidaan dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan diumumkan. Sila maklumkan melalui emel (putrabid@upm.edu.my) atau telefon 03-9769 6241 / 013 953 0221 (WhatsApp sahaja) sehari sebelum hari pengambilan sijil.
Sijil bagi pembida yang berjaya dan telah menjelaskan jumlah bidaan boleh diambil di Seksyen Penjanaan Pendapatan, Pejabat Bursar, Tingkat 2, Bangunan Canselori Putra, UPM Serdang Selangor.



SEKSYEN PENJANAAN PENDAPATAN, PEJABAT BURSAR, BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2,UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.
| PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN : 011-6535 7325 | PERTANYAAN AM : 03-9769 6241 / 013 953 0221 (WhatsApp sahaja) | EMEL : putrabid@upm.edu.my